salam...so,entry today..kenapa harus mencari kesempurnaan..yup..xsalah mencari kesempurnaan..kesempurnaan dalam bersolat..tidak salah..kesempurnaan dalam hidup..juga tidak salah selagi tidak menyalahi hukum islam..selagi kita berada di landasan yang betul...
tapi perlukah mencari pasangan yang sempurna..sesempurna siti khadijah ataupun siti aisyah...atau di zaman serba moden ini..yang mana ada segelintir yang lupa siapakah siti aisyah..lebih mengingati nama-nama artis yang dipuja..mungkin siti nurhaliza..lisa surihani..atau sesiapa sahaja..
yang perempuannya sibuk mencari sesempurna aaron aziz, fizz fairus..atau sesiapa sahaja..melupakan kesempurnaan baginda rasullah..akibat terlalu mencari kesempurnaan luaran semata-mata..
berbalik kepada cerita asal..jika sudah menggenggam sesuatu..mengapa perlu di lepaskan hanya kerana ketidaksempurnaan atau kekurangan..
contohnya, jika kita pergi memancing ikan.... dan setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kita mengambil ikan itu.... janganlah sesekali kita LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... kerana ikan itu akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
begitulah juga ........
setelah kita memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...setelah si dia mulai MENYAYANGI kita, hendaklah kita MENJAGA hatinya....janganlah sesekali kita meninggalkannya begitu saja....kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan sewaktu bersama- sama dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masihmengingati kita....
dan sekiranya jika kita menadah air biarlah berpada-pada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kita cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
begitu juga jika kita memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggapnya begitu ISTIMEWA....anggaplah dia manusia biasa..apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kita untuk menerimanya.... akhirnya kita KECEWA dan meninggalkannya..sedangkan jika kita MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kita akan TERUS hingga ke akhirnya....
jika kita telah memiliki sepinggan nasi... yang kita pasti baik untuk diri kita.. mengenyangkan. berkhasiat...mengapa kita masih perlu mencari makanan yang lain..terlalu ingin mengejar kelazatan..kelak, nasi itu akan basi dan kita tidak boleh memakannya..kita akan MENYESAL kelak..
begitu juga jika kita telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri kita.. MENYAYANGI... MENGASIHI... mengapa kita berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..terlalu mengejar KESEMPURNAAN..kelak, kita akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..akhirnya kita juga yang akan MENYESAL...
JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN
kerana kita hadir berpasangan untuk saling melengkapi dan mencipta kesempurnaan itu..bukannya kita perlu mencari pasangan yang sempurna..kerana kita tidak akan berjumpa seorang yang sempurna..mungkin sempurna dari luaran..tapi tidak dalaman..dan mungkin sebaliknya..sempurna dalaman tapi tidak luarannya..fikir2-fikirkanlah...sesungguhnya..ketidak sempurnaan atau kekurangan pasangan itu, disempurnakan oleh kelebihan kita..
bertindak sebelum terlambat
"sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO"
0 Ayat-ayat CintA:
Post a Comment