BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 11, 2011

Triffle..yummy


Bahan utk base:

1 buku swiss roll (dipotong nipis - kalau takde swiss roll, apa2 kek pun boleh kecuali kek buah)

Buah2an dalam tin atau fresh fruits (ikut suka)

1 kotak Crystal Jelly (bancuh dgn air panas)


Bahan kastard:

Susu cair 1 tin

Gula secukup rasa

Air 1 tin (ikut sukatan tin susu tadi)

Tepung kastard 1/2 cawan


cara2 nk wat die:

1. Susun Swiss Roll secara cantik di dalam bekas @ bekas plastik.

2. Masukkan dua sudu susu isian sejat ke dalam mangkuk. Kacau bersama dua sudu tepung custard. Kalau pekat sila tambah sedikit air. Kacau sampai sebati.

3. Susu isian sejat lebihan dipanaskan dalam periuk di atas dapur dengan api berskala sederhana. Bila menggelegak, masukkan custard yang dilarutkan tadi (dari langkah 2)

4. Bila dah menggelegak dan custard mula likat. Tutup api.

5. Tuang sampai menutupi semua Swiss Roll tadi. Jangan ada ruang kosong. Nanti buruk.

6. Sejukkan. Kemudian susun buah-buahan diatasnya.

7. Bancuh satu peket jelly NONA perisa ros bersama 2 cawan air. Tambah sedikit gula mengikut suka hati. Err. Maksud saya ikutlah nak manis ke apa.

8. Masukkan dalam periuk dan panaskan sampai menggelegak.

9. Tuangkan ke atas custard yang dah sejuk tadi. Ikut suka nak tebal mana. :D

SIAPPP!!!

Sempoi kan kan? Selamat mencuba! ;)

whoppss~~~nk menikmati ng lebih sedap..msk la dlm fridge..mkn sejuk2 nikmat xterkata~~

0 Ayat-ayat CintA: